Monday, February 23, 2009

Mesyuarat Agung Famemas


Pada 21 Februari yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan Famemas kali ke dua telah diadakan di menara OCM. Untuk makluman, kelab ini sebenarnya telah lama ditubuhkan, namun hanya beberapa tahun lepas telah di daftarkan sebagai satu kelab yang rasmi.
Mesyuarat yang bermula jam 2 petang ini telah dihadiri sendiri oleh penasihat kelab, merangkap naib presiden Majlis Olimpik Malaysia.
Ahli yang hadir pada masa tersebut sebulat suara telah memutuskan untuk meluluskan beberapa pindaan fasal yang berkaitan dengan kelab ini.
Setelah pembentanggan dan penyampain sijil kepada barisan exco yang lama, majlis diteruskan dengan perlantikan ahli exco yang baru. Majlis diserikan lagi dengan gelagat 'lucu' atau menarik oleh beberapa orang ahli, terutamanya 'Tok Moh' yang sememangnya dikenali oleh semua peminat sukan tanah air. Badan yang sihat dan sentiasa ber'serban' dengan bendera Malaysia di mana-mana sahaja acara sukan dipertandingkan, menyebabkan Tok Moh dikenali ramai.
Hampir pukul 5 petang, mesyuarat agung ini telah ditangguhkan dan hadirin menikmati sedikit jamuan yang bertempat di hotel yang bersebelahan.
Disini di sertakan beberapa gambar pada hari tersebut.


Tok Moh dan Cikgu Din

Antara ahli yang hadir

Semasa rakaman bersama BernamaTV

Mesyuarat baru selesai

Menjamu selera




Menikmati jamuan yang disediakan


Semoga berjumpa lagi pada acara-acara yang akan datang.
Malaysia Boleh !!!!

No comments:

Post a Comment